TLAXCALA, 21 Ogos – Pihak berkuasa di tengah Mexico melancarkan siasatan selepas enam kepala manusia ditemukan pada Selasa lalu di sepanjang lebuh raya berhampiran Ixtacuixtla, di sini.
Menurut laporan media tempatan, bahagian anggota badan itu tersebut disertakan dengan sepanduk mengandungi ugutan yang didakwa ditandatangani oleh kumpulan jenayah.
Pasukan keselamatan tempatan dan persekutuan, termasuk Pengawal Kebangsaan serta Tentera Mexico, mengawal kawasan berkenaan manakala pasukan forensik menjalankan siasatan.
Pejabat Peguam Negara Tlaxcala mengesahkan bahawa pasukan forensik sedang berusaha mengenal pasti mangsa melalui ujian DNA dan rekod pergigian.
Butiran mengenai kandungan sepanduk ugutan atau kumpulan jenayah yang dipercayai bertanggungjawab masih belum didedahkan.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kejadian itu. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian dan pihak yang terlibat.- REUTERS