TAMBOV, 21 Ogos – Bekalan minyak ke Hungary dan Slovakia melalui saluran paip Druzhba kembali beroperasi, menurut pegawai kedua-dua negara selepas serangan dron Ukraine ke atas sebuah stesen pam minyak di wilayah Tambov, Rusia, yang menyebabkan gangguan penghantaran.
Imej satelit bertarikh 19 Ogos menunjukkan kesan serangan tersebut.
Ukraine meningkatkan serangan terhadap infrastruktur tenaga Rusia yang menjadi saluran utama pendapatan untuk membiayai usaha perang Kremlin, dengan jualan minyak dan gas menyumbang kira-kira satu perempat daripada pendapatan Rusia.
Berbeza dengan kebanyakan negara Kesatuan Eropah (EU), Slovakia dan Hungary masih bergantung kepada tenaga dari Rusia dan memperoleh sebahagian besar minyak mentah mereka melalui saluran paip Druzhba.
Imej satelit yang dirakam Maxar Technologies turut menunjukkan keadaan stesen pam paip berkenaan sebelum dan selepas serangan dron Ukraine.- REUTERS