fb fb fb fb fb

Enam ahli kartel terbunuh berbalas tembakan dengan askar

(Michoacan, menjdi tumpuan bagi kartel jenayah terancang)

MORELIA, 25 April- Enam suspek penjenayah dan seorang pegawai tentera terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan di barat Mexico pada Isnin.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan rondaan pengawasan di negeri Michoacan apabila mereka diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

Menurut sumber, askar membunuh enam suspek yang dikatakan penyerang dan menangkap enam yang lain, sambil menambah bahawa seorang askar telah terbunuh dan seorang lagi cedera.

Media tempatan melaporkan penyerang adalah ahli kartel New Generation Jalisco, salah satu kumpulan paling berkuasa dan ganas di Mexico.

Michoacan, di pantai Pasifik, telah lama menjadi tumpuan bagi kartel jenayah terancang, yang membiayai diri mereka sendiri melalui pengedaran dadah dan pemerasan.

Mexico telah merekodkan lebih 340,000 pembunuhan sejak 2006, kebanyakannya dikaitkan dengan jenayah terancang.

Kadar pembunuhan negara meningkat tiga kali ganda sejak serangan antidadah kontroversi yang dilancarkan pada Disember 2006 mencetuskan keganasan; daripada 9.6 pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk kepada 28 pada 2021.- AFP


(Michoacan, menjdi tumpuan bagi kartel jenayah terancang)

Media Baharu