(FOTO HIASAN)
ZACATECAS, 25 April- Empat warga Colombia maut dan empat lagi cedera apabila kenderaan yang mereka naiki di sempadan Mexico, AS ditembak oleh kumpulan yang disyaki penjenayah, kata pegawai semalam.
Serangan itu berlaku pada pagi Ahad di perbandaran Villa de Cos di negeri utara-tengah Zacatecas, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan.
"Kumpulan jenayah terancang menyerang kenderaan yang sedang dalam perjalanan di lebuh raya persekutuan, terdapat empat orang yang kehilangan nyawa," katanya.
Sumber dari pejabat pendakwa raya negeri, berkata mangsa berasal dari Colombia dan dikatakan mempunyai pertalian antara satu sama lain. Antara yang cedera ialah dua kanak-kanak perempuan.
Salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu polis bahawa mereka cuba untuk sampai sempadan utara dan kemudian menyeberang ke Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa menyedari serangan itu apabila salah seorang mangsa yang terselamat, diiringi dua gadis itu, datang meminta bantuan daripada pasukan keselamatan.
Pihak berkuasa mengandaikan motif serangan adalah untuk mencuri van yang dinaiki warga Colombia itu. Mereka enggan mematuhi lelaki bersenjata yang mengarahkan mereka berhenti.-AFP
(FOTO HIASAN)