fb fb fb fb fb

Tiga termasuk kanak-kanak maut terkena renjatan elektrik di Mexico

FOTO HIASAN

MEXICO CITY, 21 Jun- Tiga orang maut terkena renjatan elektrik di Mexico ketika ribut tropika Alberto melanda beberapa kawasan di negeri Nuevo Leon, baru-baru ini.

Dua mangsa adalah kanak-kanak yang sedang menunggang basikal di sekitar bandar Allende pada Rabu lalu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa renjatan ialah individu dewasa yang meninggal dunia ketika melakukan kerja-kerja pembaikan di rumah.

Dalam kejadian lain, seorang remaja lemas selepas hanyut di sungai dekat Monterrey, manakala kira-kira sembilan penduduk di bandar Santa Catarina diselamatkan selepas rumah mereka dinaiki air susulan limpahan di empangan.

"Hujan lebat, kilat dan hujan batu (yang dibawa Alberto) kekal sebagai ancaman," menurut kenyataan Suruhanjaya Air Negara (CONAGUA) Mexico.

SITI AISHAH MD ISA