fb fb fb fb fb

Pelakon veteran, Donald Sutherland meninggal dunia

Mendiang Donald Sutherland, 88 tahun/AFP

LOS ANGELES, 21 Jun- Pelakon veteran Kanada yang membintangi filem "The Dirty Dozen" dan "The Hunger Games", Donald Sutherland meninggal dunia pada usia 88 tahun, semalam.

"Dengan berat hati, saya memberitahu bahawa bapa saya, Donald Sutherland, telah meninggal dunia," kata anaknya yang juga seorang pelakon, Kiefer Sutherland di platform X.

Mendiang telah terlibat dalam dunia perfileman selama lebih setengah abad. Lakonan mantapnya berjaya merangkul beberapa anugerah berprestij antaranya Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globel.

Berita pemergian Sutherland turut mendapat reaksi Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, masing-masing mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Media melaporkan Sutherland meninggal dunia selepas menderita "sakit yang lama". -AFP

SITI AISHAH MD ISA