fb fb fb fb fb

Empat terkorban dalam serangan udara terhadap Kiev

Seorang anggota polis Ukraine berdiri di sebelah bangunan kediaman yang rosak selepas serangan udara di Kiev, ketika pencerobohan Rusia ke atas Ukraine berterusan/AFP

KIEV, 14 November - Rusia melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Kiev, yang mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan beberapa orang.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata serangan tersebut yang dilakukan pada waktu malam itu turut menyebabkan kemudaratan maksimum kepada penduduk dan infrastruktur awam.

Sementara itu, pegawai berkuatkuasa berkata serangan itu mengenai bangunan kediaman dan mencetuskan letupan serta kebakaran.

Pegawai berkenaan berkata serangan tersebut merosakkan bangunan pangsapuri, sekolah, kemudahan perubatan dan bangunan pentadbiran di beberapa kawasan di seluruh kota yang menempatkan kira-kira 3 juta penduduk.

Terdahulu Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko berkata laporan awal menunjukkan tiga orang terkorban, manakala 26 lagi cedera, dengan empat daripadanya dirawat di hospital, termasuk seorang wanita hamil dan seorang lagi dalam keadaan sangat kritikal. -REUTERS/AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ