fb fb fb fb fb

Empat terbunuh, insiden tembakan di pangkalan tentera India

(Keadaan lalu lintas di luar kawasan pangkalan tentera Bathinda di Punjab/Foto Reuters)

NEW DELHI, 12 April- Empat terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah pangkalan tentera di utara, India, awal hari ini.

Tentera dalam satu kenyataan memaklumkan, insiden berlaku di pangkalan tentera Bathinda di Punjab, pada pukul 4.35 pagi, waktu tempatan.

Usaha memburu suspek kini giat dijalankan, termasuk mengepung kawasan sekitar.

Siasatan juga masih dilakukan.

"Kawasan itu terus ditutup dan siasatan bersama dengan polis Punjab sedang diselaraskan untuk membuktikan fakta kes," menurut kenyataan tentera.

(Kenderaan polis meninggalkan lokasi insiden tembakan berlaku/Foto Reuters)

Sementara itu, pegawai tertinggi polis Bathinda, G.S. Khurana memberitahu penyiar NDTV, kejadian yang berlaku tidak kelihatan sebagai serangan pengganas.

Namun AFP dalam laporannya memberitahu, pihak polis negeri dan Kementerian Pertahanan India tidak menjawab permintaan pihaknya untuk mendapatkan reaksi lanjut mengenai insiden yang berlaku.-AFP

Media Baharu