fb fb fb fb fb

Rusia lancar peluru berpandu balisitik antara benua lebih canggih

(Presiden Rusia, Vladimir Putin/Foto fail AFP)

MOSCOW, 12 April- Rusia berjaya melancarkan peluru berpandu balistik antara benua yang lebih canggih.

Kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan, sistem peluru berpandu mudah alih itu dilancarkan dari tapak ujian Kapustin Yarnya, pada Selasa.

"Kepala peledak latihan peluru berpandu itu mengenai sasaran di Lapang Sasar Sary-Shagan yang terletak di Kazakhstan dengan ketepatan tertentu," katanya.

Tujuan ujian itu dilakukan adalah bagi menguji peralatan tempur yang lebih moden, terutama dalam pembangunan reka bentuk litar dan penyelesaian teknikal.

"Pelancaran ini membolehkan untuk mengesahkan ketepatan reka bentuk litar dan penyelesaian teknikal yang digunakan dalam pembangunan sistem peluru berpandu strategik baharu," tambah kenyataan itu.

Sejak menghantar tentera ke Ukraine tahun lalu, Presiden Vladimir Putin telah mengeluarkan amaran bahawa beliau akan menggunakan senjata nuklear jika Rusia diancam.-AFP

(Sisa-sisa sistem pelancar roket di kampung Sosnove, wilayah
Donetsk, di tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine/Foto fail AFP)

Media Baharu