fb fb fb fb fb

Chile laksana waktu kerja 40 jam seminggu

(Foto AFP)

SANTIAGO, 12 April- Kongres Chile meluluskan pengurangan waktu kerja mingguan daripada 45 jam kepada 40 jam.

Perkara itu diumum Menteri Buruh, Jeannette Jara.

"Ini adalah projek yang akan menyumbang secara besar-besaran kepada kualiti hidup kita," katanya.

(Jeannette Jara/Foto AFP)

Menurut beliau, Presiden Gabriel Boric dijangka menandatangani rang undang-undang berkenaan.

Menerusi undang-undang baharu itu, majikan turut dihalang daripada mengurangkan gaji kerana perubahan tersebut.

Bagaimanapun, langkah itu tidak terpakai kepada lebih 27 peratus tenaga kerja yang bekerja di sektor tidak formal.-AFP

Media Baharu