fb fb fb fb fb

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji di timur Kyrgyzstan

Foto Hiasan/ AFP

BISHKEK, 27 Februari- Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin.

Tragedi berlaku pada 1 petang waktu tempatan (0700 GMT) di Lembah Jyrgalan di wilayah Issyk-Kul, lapor Xinhua.

Seramai 23 pelancong dari Republik Czech dan Slovakia tiba di Lembah Jyrgalan untuk bermain ski namun terperangkap dalam runtuhan salji dan menyebabkan empat warga Czech terkorban, menurut perkhidmatan media terbabit. - BERNAMA-XINHUA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI