fb fb fb fb fb

Ahli parlimen tertua India meninggal dunia pada usia 94 tahun

Pemimpin kanan Parti Samajwadi, Shafiqur Rahman Barq meninggal dunia pada usia 94 tahun/ Foto: @samajwadiparty/X)

NEW DELHI, 27 Februari- Ahli parlimen tertua India, Shafiqur Rahman Barq meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada Selasa di sebuah hospital tempatan.

Barq merupakan anggota Parti Samajwadi dan mewakili kawasan Sambhal di negeri Uttar Pradesh.

Beliau dilantik menjadi Ahli Parlimen buat kali kelima pada 2019 dan dicalonkan oleh partinya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyelaras jawatankuasa yang berjuang melindungi Masjid Babri di Ayodhya.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI