fb fb fb fb fb

Empat orang di dakwa di mahkamah berhubung kes bunuh model Abby Choi

(Model Abby Choi/Instagram @xxabbyc)

HONG KONG, 27 Februari- Empat orang yang didakwa berhubung kes pembunuhan kejam model Abby Choi yang berusia 28 tahun hadir di mahkamah pada pagi Isnin, selepas polis menemui bahagian badannya di sebuah rumah sewa di Hong Kong.

Polis Hong Kong berkata, semalam mereka telah mendakwa tiga lelaki yang berumur 28 hingga 65 tahun dan seorang wanita berusia 63 tahun, dengan satu pertuduhan berhubung kes itu.

Mereka yang didakwa membunuh Choi termasuk bekas suaminya, Alex Kwong, abang Kwong dan bapa mereka, kata polis.


(Lokasi model Abby Choi disyaki dibunuh 
di Daerah Tai Po, Hong Kong, China/REUTERS)

Choi dilaporkan hilang pada Selasa.

Polis menemui bahagian anggota badannya di rumah tiga tingkat di kawasan pedalaman Tai Po minggu lalu.

Mereka turut menemui alat pemotong daging dan gergaji elektrik di tempat kejadian, menurut satu kenyataan.-REUTERS

Media Baharu