fb fb fb fb fb

Empat maut akibat banjir di Romania

FOTO REUTERS

BUCHAREST, 14 September- Empat orang telah meninggal dunia di Romania akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat yang melanda Eropah tengah dan timur, menurut perkhidmatan penyelamat pada Sabtu.

Kesemua mangsa maut ditemukan di wilayah tenggara Galati semasa operasi mencari dan menyelamat, dengan perkhidmatan penyelamat memaklumkan: "Puluhan orang telah diselamatkan dari rumah mereka di 19 kawasan di seluruh negara."

Perkhidmatan penyelamat turut mengeluarkan video yang menunjukkan rumah-rumah yang ditenggelami air di sebuah kampung berhampiran sungai Danube.

Perdana Menteri Marcel Ciolacu dijangka melawat kawasan tersebut.

Sejak Khamis, Siklon Boris telah membawa angin kencang dan hujan yang luar biasa lebat ke beberapa bahagian Austria, Republik Czech, Hungary, Romania dan Slovakia.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE