fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah di Serbia

Foto Bssnews.net

BELGRADE, 23 Ogos - Enam orang, termasuk empat kanak-kanak, maut akibat kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan pinggir bandar di utara bandar Novi Sad, Serbia, kata pihak berkuasa.

Kebakaran tersebut bermula sekitar pukul 3:00 pagi waktu tempatan (0100 GMT) dan kesemua mangsa dipercayai merupakan ahli keluarga yang sama, kata Menteri Dalam Negeri Serbia, Ivica Dacic.

Dacic berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah skuter elektrik yang disambungkan ke grid kuasa.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri sedang "bekerja secara intensif untuk mengenal pasti punca kejadian yang menyayat hati ini," katanya.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN