fb fb fb fb fb

Empat cedera terkena tikaman di gereja

Tangkap layar video penstriman langsung menunjukkan seorang lelaki menikam bishop dengan pisau

SYDNEY, 15 April- Empat orang dilaporkan cedera terkena tikaman dalam satu serangan di sebuah gereja di Sydney pada Isnin.

Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas kejadian amuk di pusat beli-belah di timur Sydney yang membunuh enam orang.

Strim langsung menunjukkan serangan ngeri yang berlaku pada Isnin, semasa sidang keagamaan sedang berlangsung.

Seorang lelaki menghampiri mezbah, mengangkat tangan kanannya dan menikam bishop dengan pisau, menyebabkan panik dan jeritan dalam kalangan jemaah.

Beberapa orang kelihatan bergegas membantu mangsa.

Perkhidmatan ambulans memberitahu AFP bahawa empat lelaki berusia antara 20 dan 70 tahun sedang dirawat kerana kecederaan, termasuk luka.

Media tempatan berkata, kejadian itu berlaku di Gereja Christ the Good Shepherd.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE