fb fb fb fb fb

Empat cedera dalam letupan gas di Brazil

SAO PAULO, 23 April- Empat orang cedera dalam letupan gas di Brazil.

Dua daripada mangsa melecur 70 peratus manakala dua lagi mengalami luka ringan.

Media tempatan melaporkan, kejadian pada malam Sabtu itu menyebabkan 10 pangsapuri rosak.


(Kerosakan yang berlaku akibat letupan gas di sebuah pangsapuri di sini / Foto REUTERS)

Letupan berpunca daripada kebocoran gas di bahagian dapur sebuah pangsapuri di Sao Paulo.-REUTERS

Media Baharu