fb fb fb fb fb

250 tetamu hadir majlis Aidilfitri di New Delhi

NEW DELHI, 24 April- Diplomat ASEAN, masyarakat Malaysia dan rakyat tempatan antara 250 orang tetamu yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Amizal Fadzli Rajali dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi menyambut ketibaan tetamu yang hadir.

Majlis ini diadakan di dewan serbaguna misi diplomatik yang dihiasi dengan motif Malaysia dan menampilkan replika rumah kampung berskala kecil.

(FOTO AFP)

Antara tetamu kenamaan yang hadir termasuk Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam, Datuk Paduka Alaihuddin Taha dan isteri Datin Mariani Bongsu, Duta Kemboja Kuong koy dan isteri Seng Phalla, Duta Indonesia Ina Hagniningtyas Krisnamurthi, Duta Myanmar Moe Kyaw Aung, kuasa usaha Filipina John Boitte C., Duta Thailand Pattarat Hongtong, Duta Vietnam Nguyen Thanh Hai, dan setiausaha di Kementerian Hal Ehwal Luar India, Ravi Shankar. -REUTERS

Media Baharu