fb fb fb fb fb

Emirates larang alat kelui, walkie-talkie dalam pesawat

Pesawat penumpang Airbus A380 Emirates sedia berlepas ke Dubai/ foto AFP

DUBAI, 5 Oktober - Syarikat penerbangan, Emirates melarang alat kelui dan walkie-talkie dibawa masuk ke dalam pesawat susulan serangan khianat di Lubnan.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai itu turut melanjutkan penangguhan penerbangan ke beberapa destinasi di Asia Barat susulan konflik serantau yang semakin merebak.

Emirates menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web memaklumkan, semua penumpang dari atau melalui Dubai dilarang membawa alat kelui atau walkie-talkie dalam bagasi berdaftar atau bagasi tangan.

Jika dua peralatan komunikasi itu ditemukan, ia akan dirampas oleh Polis Dubai.

Sementara itu, kenyataan Emirates turut mengumumkan, laluan penerbangan ke Iraq dan Iran masih digantung hingga Selasa depan.

Penerbangan ke Jordan pula akan disambung pada Ahad.

Manakala, penerbangan ke Lubnan digantung hingga 15 Oktober.

Letupan alat kelui dan walkie-talkie di Lubnan bulan lepas meragut sekurang-kurangnya 37 nyawa.

Hampir 3,000 yang lain, cedera. -AFP-

Trainee