fb fb fb fb fb

El Salvador luluskan undang-undang pemilikan senjata api tidak berlesen

Presiden El Salvador, Nayip Bukele /Foto REUTERS

SAN SALVADOR, 17 Oktober-Kongres El Salvador pada Rabu meluluskan undang-undang pemilikan sejata api tidak berdaftar oleh rakyatnya.

Pemilik senjata api yang tidak berdaftar diberikan tempoh selama 90 hari untuk memaklumkan kepada kementerian pertahanan El Salvador mengenai cara mereka memperoleh senjata tersebut.

Undang-undang ini diluluskan dengan 57 undi daripada 60 dalam Kongres yang dikuasai oleh parti presiden Nayib Bukele, Nuevas Ideas.

Ahli parlimen parti pemerintah, Alexia Rivas, menegaskan bahawa langkah itu bukan bertujuan untuk membenarkan pemilikan senjata kepada rakyat rakyat, tetapi lebih kepada memastikan kerajaan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap senjata api.

Dekri itu turut menyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai senjata tersembunyi tanpa dikenakan sebarang hukuman.

El Salvador berada di bawah darurat sejak Mac 2022 sebagai Bukele mengisytiharkan perang terhadap kumpulan penjenayah negara itu.

Tindakan keras tersebut telah membawa kepada penurunan mendadak dalam kes pembunuhan dan mendapat pujian daripada ramai rakyat, walaupun kumpulan hak asasi manusia mengkritik kaedah dilakukan Bukele.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD