fb fb fb fb fb

Serangan udara Israel sasar depot simpanan senjata di Latakia

Foto kedudukan Latakia menerusi peta Google

DAMSYIK, 17 Oktober-Tentera Israel dilaporkan melancarkan serangan udara di Latakia, dipercayai menyasarkan sebuah depoh senjata, kata agensi media Syria

"Pertahanan anti-pesawat berjaya memintas sasaran musuh di ruang udara Latakia," lapor agensi berita SANA tanpa menyebut jumlah korban atau kerosakan.

Agensi tersebut juga melaporkan bahawa kebakaran tercetus akibat serangan Israel di pintu masuk Latakia, kubu kuat Presiden Bashar al-Assad.

Kerajaan Syria, yang bersekutu dengan Hizbullah iaitu kumpulan yang sedang berperang dengan Israel di negara jiran, Lubnan yang sering menjadi sasaran serangan udara Israel.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, sebuah badan pemantau yang berpangkalan di Britain, melaporkan bahawa serangan Israel itu menyasarkan sebuah depot senjata di Latakia.

Serangan di bandar pelabuhan berkenaan jarang berlaku, kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pangkalan udara Rusia di Hmeimim.

Pada 3 Oktober lalu, badan pemantau melaporkan serangan dron yang menyasarkan depot senjata berhampiran Jableh, sebuah kawasan di wilayah Latakia berdekatan Hmeimim, yang menyebabkan letupan besar.

Tentera Israel telah meningkatkan serangan udara di Syria selari dengan peningkatan ketegangan di Lubnan, menyaksikan pengeboman kubu kuat Hizbullah selama lebih tiga minggu.

Israel menuduh kumpulan Hizbullah di Lubnan memindahkan senjata melalui Syria.

Sejak perang saudara di Syria tercetus pada 2011, Israel telah menyasarkan kedudukan tentera dan pejuang yang disokong Iran di Syria, termasuk Hizbullah.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD