fb fb fb fb fb

Eksport Korea Selatan merosot akibat tekanan tarif

Foto- AFP

SEOUL, 21 Mei - Eksport Korea Selatan susut 2.4 peratus dalam tempoh 1 hingga 20 Mei berbanding tahun lalu, menurut data Perkhidmatan Kastam Korea.

Penurunan disebabkan sebahagiannya oleh jualan lemah ke Amerika Syarikat (AS) susulan pengenaan tarif meluas oleh Washington.

Eksport ke AS merosot 14.6 peratus, manakala penghantaran ke China dan Kesatuan Eropah masing-masing turun 7.2 dan 2.7 peratus.

Negara itu turut dikenakan tarif 25 peratus oleh Washington, yang hanya dikurangkan sementara kepada 10 peratus selama 90 hari bermula April.

Namun, tarif tinggi masih kekal terhadap eksport utama Korea Selatan seperti keluli, aluminium dan kereta.

Eksport semikonduktor melonjak 17.3 peratus, namun eksport kenderaan dan keluli jatuh 6.3 dan 12.1 peratus.

Barangan lain seperti produk petroleum, peralatan rumah dan peranti komunikasi juga alami kejatuhan ketara.

Kementerian Kewangan Korea Selatan umum dana bantuan tambahan berjumlah 28.6 trilion won untuk sokong syarikat yang terkesan.

Seoul juga rancang strategi eksport seluruh kementerian dan mahu kukuhkan sektor teknologi tinggi seperti AI dan bateri sekunder.

Import Korea Selatan turun 2.5 peratus, mengakibatkan defisit dagangan AS$300 juta dalam tempoh sama.-AFP

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN