RAMALLAH, 8 April- Duta Palestin ke United Kingdom, Husam Zomlot tidak dipecat daripada jawatannya.
Memetik agensi berita Palestin (WAFA), penafian itu dibuat Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat Palestin.
Ia sekali gus menafikan laporan yang tersebar di media dan platform media sosial tertentu berhubung pemecatan duta Palestin berkenaan.
Kementerian itu menekankan keperluan untuk mendapatkan maklumat tepat daripada sumber rasmi.
Selain itu, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap penyebar berita tidak benar.