RAMALLAH, 23 Januari- Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menegaskan bahawa konsensus antarabangsa mengenai penubuhan negara Palestin perlu diterjemahkan.
Jelas beliau, dunia mesti memulakan sekatan ke atas Israel kerana pencerobohan berterusan, penjajahan, pendudukan dan penolakannya terhadap keamanan.
"Negara-negara luar tidak harus memberi perhatian kepada Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaannya yang menolak penyelesaian," kata Mohammad ketika berucap pada mesyuarat mingguan kabinet Palestin.
Tegas beliau, dunia juga harus berusaha untuk mengundi Palestin menjadi negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Kini jumlah mangsa termasuk yang terbunuh, cedera, orang hilang dan tahanan, sudah mencecah kira-kira 100,000 orang dengan 70 peratus daripadanya terdiri kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Dalam pada itu, Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pembekuan aset baharu dan larangan perjalanan ke atas Hamas dan jihad Islam Palestin (PIJ).
Menurut kerajaan Britain, lima tokoh utama yang dikatakan terlibat dalam kepimpinan tersebut menjadi sasaran.
Antara mereka ialah Zuheir Shamlakh serta Ahmed Sharif Abdallah Odeh yang didakwa terlibat dalam urusan kewangan Hamas.
Langkah Britain dan Amerika Syarikat membeku aset individu tersebut bertujuan mengurangkan aliran pembiayaan Hamas.- REUTERS