fb fb fb fb fb

UK bakal kenakan sekatan baharu ke atas Houthi

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak / REUTERS

LONDON, 24 Januari- Britain sedang merancang untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Houthi berikutan serangan perkapalan yang berlaku di Laut Merah.

Perdana Menteri, Rishi Sunak berkata, ia akan membuat pengumuman sekatan itu dalam masa beberapa hari lagi.

Rancangan sekatan itu ketika mana United Kingdom (UK) berganding dengan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terbaharu ke atas sasaran Houthi, kumpulan yang disokong Iran.

"Kita akan guna senjata paling berkesan bagi membolehkan penyaluran kewangan kumpulan Houthi terganggu dan terputus sepenuhnya. Ini kerana mereka menggunakan hasil ini untuk membiayai serangan.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat mengenai perkara ini dan merancang untuk mengumumkan langkah sekatan baharu dalam beberapa hari akan datang," kata Sunak di Parlimen.

Beliau juga berkata Setiausaha Luar Britain, David Cameron akan melawat Timur Tengah minggu ini.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI