fb fb fb fb fb

Dunia kutuk rancangan Israel untuk ambil alih sepenuhnya Gaza

Meningkatkan lagi kemarahan antarabangsa sejak konflik lebih 22 bulan lalu / Foto AFP

MESIR, 9 Ogos - Beberapa negara Arab mengutuk rancangan Israel untuk mengambil alih sepenuhnya bandar Gaza, susulan diluluskan oleh kabinet negara haram itu minggu ini.

Lebih 20 negara termasuk Mesir, Arab Saudi dan Turkiye menyatakan rancangan Zionis itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan cubaan untuk mengukuhkan pendudukan haram.

Tindakan Israel itu juga telah mencetuskan kecaman daripada pelbagai negara termasuk United Kingdom, Perancis, Kanada, China, Jerman, Denmark, Greece dan Slovenia.

Menteri Luar Australia, UK, Jerman, Itali dan New Zealand mengeluarkan kenyataan bersama pada hari Jumaat dengan mengatakan mereka menolak sekeras-kerasnya keputusan Israel terhadap Gaza.

Jerman mengambil tindakan drastik dengan menggantung eksport ketenteraan ke Israel.

Tindakan Israel itu juga meningkatkan lagi kemarahan antarabangsa sejak konflik lebih 22 bulan lalu.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Sabtu selepas kabinet Israel meluluskan rancangan untuk mengambil alih Gaza.

HASRON BIN HASSAN