fb fb fb fb fb

Dunia kecam pembunuhan di kawasan pemberian bantuan di Gaza

Seorang lelaki cedera dikejarkan ke wad kecemasan hospital Shuhada al-Aqsa di Al-Zawayda di tengah Gaza/AFP

PARIS, 1 Mac- Tentera Israel di utara Semenanjung Gaza terus melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang berebut-rebut mendapatkan bantuan makanan pada Khamis.

Keadaan mencetuskan kekacauan dan telah meragut 100 nyawa, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Namun terdapat laporan yang bercanggah kejadian kejam itu.

Tentera Israel bertindak memanipulasi keadaan dengan mengatakan berlaku "rempuhan" ketika beribu-ribu penduduk Gaza mengepung konvoi 38 trak bantuan. Keadaan itu menyebabkan berpuluh-puluh kematian dan kecederaan, termasuk beberapa orang digilis trak bantuan.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan Gaza mengutuk "pembunuhan beramai-ramai" di Kota Gaza yang telah meragut kira-kira 112 orang terbunuh manakala lebih 750 cedera.

Tindakan itu mendapat reaksi yang pelbagai dari seluruh dunia antaranya:

- Perancis -

Kementerian Luar Perancis berkata "tembakan oleh tentera Israel terhadap orang awam yang cuba mendapatkan makanan adalah tidak wajar".

"Peristiwa tragis" itu berlaku ketika "penduduk awam Palestin menderita kelaparan dan sukar mendapatkan rawatan." Israel mesti mematuhi undang-undang antarabangsa.

Menulis di platform media sosial X bahawa "orang awam telah menjadi sasaran askar Israel", Presiden Perancis Emmanuel Macron dalam satu hantaran di X berkata, "orang awam menjadai sasaran tentera Israel."

- Turki -

Turki menuduh Israel melakukan "satu lagi jenayah terhadap kemanusiaan" dan mengutuk penduduk Gaza "kebuluran" ketika orang awam mencari makanan untuk bekalan makanan yang semakin berkurangan.

"Israel... kali ini menyasarkan orang awam yang tidak bersalah untuk menapatkan bantuan kemanusiaan. Ini adalah bukti bahawa (Israel) secara sedar dan kolektif memusnahkan rakyat Palestin", kata Kementerian Luar Turki.

- Colombia -

Presiden Colombia Gustavo Petro mengecam tindakan Israel dan mengatakan "pembunuhan beramai-ramai" rakyat Palestin. Selain itu akan menggantung pembelian senjata dari Israel yang merupakan pembekal utama pasukan keselamatan negara itu.

"Lebih 100 rakyat Palestin dibunuh ketika ingin mendapatkan bantuan makanan. Ini dipanggil pembunuhan beramai-ramai dan sama seperti Holocaust," tulis Petro dalam satu hantaran di X.

"Dunia mesti menyekat Netanyahu."

- Sepanyol -

"Berpuluh-puluh orang awam Palestin mati ketika mereka menunggu makanan. Genjatan senjata perlu dilakukan," kata Menteri Luar Sepanyol Jose Manuel Albares menerusi X.

- Itali -

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni menyatakan "kebimbangan" terhadap keganasan itu.

Sementara itu, Menteri Luar Itali Antonio Tajani menggesa "gencatan senjata segera" di Gaza dan menggesa Israel untuk bertanggungjawan ke atas kematian penduduk Palestin.

"Kami menggesa Israel untuk bertanggungjawab ke atas kematian penduduk Gaza," katanya di X..- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI