PALESTIN, 27 April - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam dan menolak segala tindakan pencerobohan tentera Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.
Sementara masyarakat dunia juga mendesak penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.
Kenyataan itu dibuat ketika mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC.
Mesyuarat tergempar diadakan atas permintaan Indonesia untuk membincangkan kekasaran tentera Israel yang semakin melampau sejak kebelakangan ini .
Perkara tersebut dinyatakan dalam ucapan Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha.
Beliau berkata, Bumi Palestin secara amnya dan kota Baitulmaqdis khususnya menyaksikan peningkatan serangan dan pencerobohan rejim Israel.
(Parti Islam Andolan Bangladesh mengibarkan bendera Palestin yang mengutuk pencerobohan Israel
dan serangan ke atas umat Islam di Masjid Al-Aqsa, di Dhaka pada April 22 lalu/FOTO AFP)
Semua pihak dan pertubuhan antarabangsa digesa memikul tanggungjawab dan terlibat dalam usaha menghentikan pencerobohan zionis itu.
Setakat ini, 200 rakyat Palestin cedera di pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika pertempuran tercetus dengan tentera Israel sejak beberapa minggu lalu.