Melaka bina pelabuhan darat RM300 juta di Taboh Naning

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

ALOR GAJAH, 6 Julai – Projek pelabuhan darat Melaka Inland Port yang pertama di negeri itu akan dibangunkan di Taboh Naning, di sini dengan nilai pembinaan RM300 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fasa projek dua peringkat; fasa pertama dijangka siap pada 2027.
  • Projek seluas 130.7 ekar dengan GDV RM540 juta, menawarkan kira-kira 500 peluang pekerjaan.
  • Fasiliti moden: depot bersepadu, kawasan kastam berbon dan tidak berbon, pengendalian kontena dan kargo rel; kapasiti lebih 300,000 TEU setahun.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia akan melibatkan dua fasa dengan fasa pertama dijangka siap pada 2027.

Projek berkenaan melibatkan keluasan 130.7 ekar dengan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM540 juta.

Dengan 500 peluang pekerjaan ditawarkan, projek berkenaan menyediakan pelbagai kemudahan moden termasuk hab depot bersepadu, kawasan kastam bernon dan tidak berbon serta operasi pengendalian kontena dan kargo rel.

“Ia akan menyediakan satu rangkaian strategik dalam membangunkan industri di negeri Melaka kerana Melaka ketika ini tidak mempunyai pelabuhan yang lengkap.

“Dengan adanya pelabuhan darat ini, ia akan memudahkan para pelabur di negeri Melaka untuk mengeksport barangan keluaran negeri ini, termasuk ke Pasir Gudang dan juga Westports,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Melaka Inland Port di Taboh Naning di sini.

Apabila siap sepenuhnya, projek berkenaan mampu mengendalikan lebih 300,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU) setahun.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.