fb fb fb fb fb

Dua wartawan Haiti ditembak kumpulan bersenjata

FOTO AFP

HAITI, 7 Januari - Dua wartawan di Haiti dibunuh pada Khamis, dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang beroperasi di pinggir bandar Port-au-Prince.

Perkara berkenaan didedahkan oleh stesen radio, tempat salah seorang daripada mangsa bertugas.

Mangsa dikenali sebagai Wilguens Louissaint dan Amady John Wesley.

Manakala seorang lagi wartawan yang turut bersama mangsa ketika kejadian berjaya melarikan diri.

Kes pembunuhan secara berkumpulan di Haiti baru-baru ini telah menjangkau ke kawasan kejiranan lebih miskin di Port-au-Prince.

Lokasi insiden, Laboule 12 merupakan kawasan pertempuran antara beberapa kumpulan bersenjata yang ingin mempertahankan pengaruh.

Laluan merentasi kawasan itu merupakan satu-satunya alternatif ke selatan bandar, bersebelahan dengan laluan utama yang telah dikawal sejak Jun oleh kumpulan paling berkuasa di Haiti.

Enam bulan lalu mantan Presiden, Jovenel Moise terbunuh di kediaman persendiriannya sekaligus memburukkan lagi krisis politik di Haiti.

Ia juga membuatkan penduduk bertambah bimbang untuk berdepan isu keselamatan setiap hari.

Haiti merekodkan sekurang-kurangnya 950 kes penculikan pada tahun 2021.

Polis tidak melaksanakan operasi secara besar-besaran sejak Mac lepas, disebabkan kekurangan kelengkapan, selain perlu berhadapan kumpulan yang dilengkapi senjata perang. -AFP

Media Baharu