fb fb fb fb fb

Dua terbunuh, lapan cedera termasuk kanak-kanak di Touline

Serangan udara Israel ke atas kampung Sejoud di selatan Lubnan / Foto AFP

BEIRUT, 22 Mac-Dua orang terbunuh termasuk kanak-kanak perempuan dalam serangan Israel ke atas bandar di selatan Lubnan, lapor media rasmi Lubnan pada Sabtu.

Serangan tersebut dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan roket rentas sempadan yang dilakukan oleh kumpulan Hizbullah sebelum itu.

"Serangan Israel ke atas bandar Touline telah mengakibatkan kematian dua orang, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, serta mencederakan lapan yang lain, termasuk dua kanak-kanak," kata unit kecemasan kementerian kesihatan seperti yang dipetik oleh Agensi Berita Nasional (NNA).

NNA sebelum ini melaporkan bahawa hanya seorang mangsa telah terbunuh dalam serangan di Touline.

Tentera Israel pula mendakwa bahawa tiga roket telah dilancarkan dari Lubnan ke utara Israel, menyebabkan siren amaran serangan udara dibunyikan buat kali pertama sejak gencatan senjata pada November antara Israel dan kumpulan Hizbullah yang disokong Iran.

Sementara itu,Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, memberi amaran bahawa negara itu berisiko ditarik ke dalam peperangan baharu selepas beberapa bulan ketenangan susulan gencatan senjata yang dimeterai pada 27 November antara Israel dan Lubnan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD