fb fb fb fb fb

Dua terbunuh, berpuluh-puluh hilang dalam kejadian tanah runtuh di China

Tanah runtuh di Kampung Liangshui, Bandar Zhaotong/REUTERS

BEIJING, 22 Januari- Dua individu terkorban dalam satu kejadian tanah runtuh di Yunnan China manakala berpuluh-puluh yang lain hilang. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dalam cuaca bersalji.

Sekurang-kurangnya 47 orang daripada 18 individu hilang, lapor media milik kerajaan China Central Television (CCTV).

Dua daripada individu ditemukan maut pada petang Isnin.

Tanah runtuh melanda dua kampung di bandar barat daya Zhaotong kira-kira 5.51 pagi waktu tempatan.

"Gunung itu baru sahaja runtuh, berpuluh-puluh tertimbus," kata seorang lelaki bernama Gu kepada CCTV.

Gu berkata empat saudaranya tertimbus di bawah runtuhan berkenaan.

"Mereka semua tidur di rumah masing-masing," katanya.

Bagaimanapun punca tanah runtuh berkenaan masih tidak jelas dan anggota bomba sedang mencari mangsa terselamat dalam keadaan bersalji.

China menghantar hampir 1,000 pekerja penyelamat ke tempat kejadian, bersama-sama hampir 200 kenderaan penyelamat, kata laporan itu.

Naib Perdana Menteri China Zhang Guoqing mengetuai kumpulan penyelamat ke tapak runtuhan tersebut untuk membimbing kerja-kerja menyelamat.

Lebih 500 penduduk dipindahkan dari rumah mereka.

Menurut Pusat Meteorologi China, Yunnan adalah antara beberapa wilayah di selatan negara itu mengalami suhu sangat sejuk.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI