fb fb fb fb fb

Polis Itali rampas pulau peranginan mewah bintang balet Nureyev

FOTO REUTERS

PULAU GALLO LUNGO, 22 Januari - Polis Kewangan Itali merampas sebuah pusat peranginan mewah yang dahulunya dimiliki seorang penari balet Soviet Rudolf Nureyev di sebuah pulau persendirian luar Pantai Amalfi, kata mahkamah tempatan pada Khamis.

Pejabat pendakwa raya Tribunal Salerno dalam satu kenyataan berkata, tindakan penguatkuasaan undang-undang merampas beberapa kemudahan hotel adalah sebagai langkah berjaga-jaga, dikhuatiri pembinaannya diatas tanah rizab kerajaan.

Gallo Lungo adalah sebahagian daripada kepulauan Sirenusas di Teluk Salerno, di wilayah Campania, lebih dikenali sebagai lokasi destinasi pelancongan Capri dan Ischia.

Bintang balet Nureyev, yang digelar sebagai salah seorang penari lelaki yang paling berbakat dan koreografer yang mahir telah memiliki pulau itu hingga beliau meninggal dunia pada 1993.

Kediamannya kemudiannya dijadikan destinasi pelancongan, dengan tawaran harga dari $300,000.

Pemeriksaan tapak di Gallo Lungo menemui beberapa struktur hospitaliti yang tidak dibenarkan di pulau itu, termasuk kolam renang dan helipad, kata kenyataan itu. - REUTERS

TETITIA YUSOFF