ATHENS, 10 Januari- Pengawal Pantai Greece menyelamatkan 18 pendatang dan menemukan dua mayat masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki, berhampiran dengan pantai berbatu di pulau Lesbos pada hari Rabu.
Para pendatang dipercayai tiba di pulau itu menaiki bot ketika angin kencang di Laut Aegean, kata seorang pegawai pengawal pantai.
Kira-kira 36 individu di atas kapal dan ada yang terjun ke laut, tambahnya.
Pengawal pantai dan polis masih mencari lebih ramai individu di pantai tersebut.
Greece berhadapan krisis pendatang pada 2015 kerana dianggarkan lebih sejuta individu cuba memasuki negara itu. Kebanyakannya ialah pelarian Syria yang menyeberang dari Turki ke negara Eropah itu melalui laut.
Bagaimanapun aliran migran menurun dengan ketara sebelum meningkat semula tahun ini.- REUTERS