ISTANBUL, 19 Oktober- Dua pelancong Sepanyol terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas di Cappadocia, Turkiye semalam, menurut pihak berkuasa tempatan.
Belon udara panas milik syarikat swasta itu dilaporkan berlepas dari Zelve Ruins daerah Avanos dan membuat pendaratan cemas di wilayah Killik akibat cuaca tidak menentu, menurut pejabat gabenor wilayah dalam satu kenyataan.
Ketika kejadian belon udara itu membawa 28 penumpang dan dua kru.
Menurut siasatan awal, kemalangan berpunca akibat angin bertiup kencang secara tiba-tiba.
Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala mangsa yang cedera kini dirawat di hospital.
Seorang peminat belon menerbangkan belon udara panasnya semasa festival belon
antarabangsa "Discover Armenia from the Sky" / FOTO AFP
Cappadocia terkenal dengan belon udara panas dan menjadi destinasi pelancongan terkemuka buat pelawat domestik dan asing.
Destinasi ini menjadi antara lokasi yang membolehkan pengunjung menaiki belon udara panas hampir sepanjang tahun kerana cuaca ideal di rantau ini. -AFP