GENEVA, 19 Oktober - Pelan global lima tahun untuk membasmi polio setakat ini, menerima dana sebanyak AS$ 2.6 bilion, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagaimanapun, jumlah yang diperlukan adalah dua kali ganda untuk mencapai sasaran berkenaan.
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkata, masih terdapat beberapa cara untuk menghapuskan jangkitan virus itu menjelang tahun 2026.
(Seorang petugas kesihatan memberikan vaksin polio
kepada kanak-kanak semasa kempen vaksinasi di Herat pada 17 Oktober / FOTO AFP)
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, terdapat lonjakan kes yang dikesan tahun ini, termasuk di negara yang telah lama diisytiharkan bebas polio.
"Kita perlu ingat cabaran besar yang kita tempuhi dalam menghadapi polio, kekal untuk usaha hapuskannya dan selesaikan tugas itu untuk selama-lamanya." katanya.
Ia merupakan peringatan jelas bahawa jika matlamat untuk membasminya tidak tercapai, ia mungkin akan meningkat semula secara global. - AFP