fb fb fb fb fb

Dua orang terkorban di Mexico akibat Taufan Roslyn

(Pokok palma yang gugur, dikenali sebagai palapa, menghempap kereta
sehingga remuk berikutan kejadian Taufan Roslyn yang
melanda pantai Pasifik Mexico dengan angin kencang dan hujan, di Tecuala/FOTO REUTERS)

SAN QUINTÍN, 24 Oktober - Taufan Roslyn membadai pantai barat Mexico, susulan ribut kuat di tahap Kategori 3.

Setakat ini, dua dilaporkan terkorban di negeri Nayarit, iaitu seorang lelaki berusia 74 tahun dan seorang wanita berusia 39 tahun.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) Amerika Syarikat melaporkan, gelombang ribut berbahaya dan banjir kilat memaksa penduduk berlindung di tempat selamat.

(Jalan yang dinaiki air berikutan kejadian Taufan Roslyn
yang melanda pantai Pasifik Mexico 
dengan
angin kencang dan hujan di San Blas di negeri Nayarit, Mexico/FOTO REUTERS)

NHC dan Perkhidmatan Meteorologi Mexico memberi amaran tentang angin kencang, hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh serta ombak setinggi enam meter di sepanjang pantai Pasifik.

Menurut NHC, taufan Roslyn dijangka menghasilkan gelombang ribut yang mengancam nyawa dengan banjir di kawasan pantai angin darat hingga petang Isnin - REUTERS

Media Baharu