fb fb fb fb fb

Dua mayat ditemui pada feri terbakar

ATHENS, 24 Mac - Dua lagi mayat ditemui semalam di atas feri Itali yang terbakar pada 18 Februari di pulau Corfu, Greece sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 11 mangsa, kata pengawal pantai Greece.

Sembilan mayat sebelum ini ditemui di kawasan Euroferry Olympia, manakala dua mangsa dilaporkan hilang, kata seorang pegawai di pejabat media pengawal pantai kepada AFP.

Feri itu membawa 290 orang, kata pemilik kapal itu, Grimaldi Lines.

Manakala dua lagi pendatang Afghanistan yang tiada dalam senarai penumpang, menimbulkan kebimbangan kemungkinan ada individu lain menaiki kapal tanpa pendaftaran yang sah.

Kebakaran berlaku sepuluh batu nautika di utara Corfu di Laut Ionian iaitu dua jam selepas feri itu meninggalkan pelabuhan Greek Igoumenitsa ke Brindisi, Itali.

(Anggota penyelamat dikerah ke lokasi kejadian/FOTO RUETERS)

Siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran masih diteruskan.

Menurut Kumpulan Grimaldi, kebakaran bermula di dalam sebuah kenderaan yang dipercayai pemilik feri tersebut.

Pada 18 Februari lalu, feri berkenaan membawa 153 kenderaan komersial dan 32 buah kereta lain. - AFP

Media Baharu