fb fb fb fb fb

Indonesia tarik balik larangan 'mudik' Aidilfitri

JAKARTA, 24 Mac - Indonesia menarik balik larangan perjalanan domestik pada musim cuti sempena sambutan Aidilfitri awal Mei depan.

Presiden Joko Widodo mengumumkan perkara itu selepas tradisi pulang atau 'mudik' ke kampung disekat selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

(Keputusan tersebut bagi melonggarkan sekatan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara/FOTO Reuters)

"Situasi COVID-19 yang semakin pulih memberi keyakinan dan Ramadan juga bakal menjelang.

"Mereka yang mahu 'mudik' kini dibenarkan," menurut Jokowi dalam satu sidang media.

Keputusan itu bagi melonggarkan sekatan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara berkenaan.

Indonesia mempunyai 270 juta penduduk, menyekat perjalanan besar-besaran tradisi 'mudik' pada awal 2020 sebagai langkah untuk membendung penularan COVID-19 bersama seluruh dunia.

Pada awal minggu ini, Indonesia mengumumkan untuk menggugurkan peraturan kuarantin bagi ketibaan pengembara asing yang sudah divaksinasi - REUTERS

Media Baharu