fb fb fb fb fb

Dua maut, pesawat bertembung kereta di Brussels

Juruterbang pesawat itu adalah warga Jerman tetapi siasatan sedang dijalankan bagi menentukan status kewarganegaraan penumpangnya./ AFP

BRUSSELS, 28 Januari- Dua maut apabila sebuah pesawat ringan bertembung dengan kereta ketika cuba mendarat dalam angin kencang di lapangan terbang di timur Belgium, hari ini.

Komander polis tempatan, Jean-Michel Lejeune, berkata cubaan pesawat itu mendarat gagal dan bertembung dengan kereta diparkir di jalan berhampiran lapangan terbang di Spa, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu meletup.

"Dua maut akibat kejadian ini dan pesawat terbabit gagal mendarat dengan selamat," katanya kepada AFP.

Ujarnya, juruterbang pesawat itu adalah warga Jerman tetapi siasatan sedang dijalankan bagi menentukan status kewarganegaraan penumpangnya.

Berdasarkan laporan media, pemandu kereta ketika itu keluar merokok.

Beberapa imej disiarkan media Belgium menunjukkan asap berkepul berhampiran landasan dan kereta terbabit, selain kenderaan kecemasan menutupi jalan.

Pegawai perlindungan alam sekitar juga dilaporkan berada di tempat kejadian untuk memastikan tiada pencemaran terhadap air. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI