fb fb fb fb fb

Seorang maut ditembak dua lelaki bertopeng di gereja di Istanbul

Foto Hiasan/ REUTERS

ANKARA, 28 Januari- Dua lelaki bertopeng dan bersenjata menembak mati seorang individu di sebuah gereja di Istanbul.

Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk menangkap kedua-dua suspek.

Sambil mengutuk serangan itu, Yerlikaya berkata insiden berlaku sekitar 11.40 pagi di Gereja Katolik Santa Maria Itali di daerah Sariyer.

“Mangsa merupakan antara yang mengambil bahagian dalam acara di gereja itu, menjadi sasaran serangan senjata oleh dua individu bertopeng dan malangnya dia kehilangan nyawanya,” kata menteri itu di platform media sosial X.

Ujarnya lagi, motif serangan kepada mangsa masih tidak jelas.

Sementara itu, rakaman dari gereja menunjukkan beberapa kereta polis dan ambulans berada di luar bangunan.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI