fb fb fb fb fb

Dua maut, konvoi bantuan diserang di Gaza

Foto Hiasan

GAZA, 31 Disember- Dua maut di utara Gaza selepas kumpulan bersenjata menyerang konvoi bantuan kemanusiaan pada Ahad lalu.

Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), ketika kejadian, konvoi tersebut sedang membawa 40 trak bantuan kemanusiaan.

"Menerusi insiden rompakan bersenjata itu, lima trak barangan telah hilang.

"Hampir setiap pergerakan bantuan melalui lintasan di selatan dan tengah Gaza berakhir dengan keganasan, rompakan, serta kematian tragis akibat serangan dan ketiadaan undang-undang serta ketenteraman di sepanjang laluan konvoi di Gaza," menurut kenyataan itu.

Agensi kemanusiaan berulang kali memberi amaran bahawa bantuan yang mencukupi gagal diterima rakyat Palestin akibat kejadian rampasan dan sekatan oleh Israel.

Organisasi bantuan juga telah berulang kali memberi amaran mengenai keadaan yang semakin buruk di Gaza, dengan menyatakan bahawa penduduk awam kelaparan dan penghantaran bantuan dalam beberapa bulan terakhir adalah lebih rendah berbanding sebelum ini.

Penduduk Gaza menghadapi keadaan yang sangat teruk selepas hampir 15 bulan konflik Israel-Hamas, sejak 7 Oktober tahun lalu. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM