BEIJING, 30 Disember - Mahkamah di China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang remaja lelaki atas tuduhan membunuh rakan sekelasnya.
Tiga suspek semuanya berusia bawah 14 tahun semasa kejadian, didakwa pada April lalu atas tuduhan membuli seorang rakan sekelas berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Wang dalam tempoh yang lama sebelum membunuhnya di sebuah rumah hijau terbiar.
Butiran kes termasuk laporan bahawa pembunuh menggunakan penyodok untuk menyerang Wang sebelum mengebumikan mayatnya, menarik perhatian umum terhadap cara undang-undang menangani juvana yang dituduh melakukan jenayah berat.
Seorang suspek bernama Zhang didapati bersalah atas pembunuhan sengaja, menurut mahkamah di wilayah Hebei, utara China pada Isnin.
Seorang lagi suspek, Li, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, manakala seorang suspek ketiga, Ma yang menurut mahkamah tidak mencederakan mangsa dijatuhkan hukuman pendidikan pembetulan. - AFP