fb fb fb fb fb

Dua maut dalam serangan udara Israel di Syria

Foto AFP

BEIRUT, 24 Oktober - Dua orang maut termasuk seorang tentera manakala tujuh lagi cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di ibu negara Syria dan ke atas wilayah tengah Homs.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria mengesahkan, serangan di daerah Kafr Sousa di Damsyik itu menyasarkan "bahagian hadapan bangunan kerajaan berhampiran stesen minyak tentera".

"Seorang mangsa tidak diketahui identitinya terbunuh dan tiga lagi cedera," kata badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain itu.

Di wilayah Homs yang bersempadan dengan Lubnan,  serangan Zionis menyasarkan sebuah trak berhampiran pusat pemeriksaan tentera di jalan raya di pinggir Qusayr.

Serangan terbabit mengorbankan seorang tentera dan mencederakan empat yang lain.-AFP

Trainee2