fb fb fb fb fb

Dua maut, berpuluh-puluh cedera - pegawai Ukraine

Anggota bomba memadamkan kebakaran di bangunan kediaman selepas serangan peluru berpandu Rusia/REUTERS

KIEV, 2 Januari- Serangan peluru berpandu dan dron Rusia ke atas Kiev dan bandar timur laut Kharkiv membunuh dua orang awam selain mencederakan berpuluh-puluh individu serta menyebabkan kerosakan bangunan, kata pegawai Ukraine.

Serangan itu menyerang bangunan kediaman dan infrastruktur awam, beberapa jam selepas serangan udara ke atas bandar Belgorod Rusia. Moscow berkata serangan itu membunuh 24 orang awam dan menyalahkan Ukraine "tidak akan terlepas daripada hukuman".

Rusia meningkatkan serangan udara ke atas Ukraine sepanjang tempoh Tahun Baru, dan pada Jumaat. Perang hampir dua tahun ke atas Ukraine itu membunuh sekurang-kurangnya 39 individu.

Pihak berkuasa tentera Ukraine mengeluarkan amaran udara yang berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam.

Datuk Bandar Kiev Vitali Klitschko berkata, seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam ambulans selepas mengalami kecederaan. Beliau sebelum ini berkata, sekurang-kurangnya 16 individu cedera di ibu negara.

Saluran paip gas turut rosak di daerah Pecherskyi di Kiev, dan bekalan elektrik serta air terputus di beberapa daerah di ibu negara. Pasukan penyelamat sedang memadamkan kebakaran di beberapa tempat, katanya.

Bekalan elektrik dan air terputus akibat dimusnahkan oleh Rusia menggunakan peluru berpandu. Ia menyebabkan jutaan penduduk berada dalam keadaan kegelapan.

Gabenor wilayah Kharkiv Oleh Synehubov berkata, bahagian tengah bandar Kharkiv diserang pada kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan.

Kejadian itu menyebabkan seorang telah terbunuh dan 41 telah cedera, perkara itu dimaklumkan menerusi aplikasi Telegram.

Jurucakap Tentera Udara Ukraine Yuri Ihnat berkata, keadaan tegang dan pertahanan udara bersiap sedia untuk melancarkan lebih banyak serangan peluru berpandu Rusia.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI