TOKYO, 2 Januari- Sebuah kapal terbang Japan Airlines terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo selepas berlanggar dengan Pesawat Pengawal Pantai.
Syarikat penerbangan itu berkata kesemua 379 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan.
Rakaman langsung penyiar awam NHK menunjukkan pesawat itu terbakar ketika ia tergelincir ke landasan walaupun usaha dilakukan oleh kru penyelamat untuk mengawal kebakaran.
Pengawal Pantai berkata kejadian itu masih dalam siasatan.
Bagaimanapun lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai itu tidak dapat dikesan, manakala seorang melarikan diri, lapor penyiar awam NHK.
Jurucakap Japan Airlines berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Shin-Chitose di pulau utara Hokkaido.
Menurut jurucakap Lapangan Terbang Haneda menutup semua landasan kapal terbang susulan kejadian itu.- REUTERS
Just IN:— A Japanese Airline plane, with 367 passengers onboard, is fully engulfed in fire after crash landing. pic.twitter.com/GcjubF5R0h
— South Asia Index (@SouthAsiaIndex) January 2, 2024