fb fb fb fb fb

Korea Selatan bantah mengenai amaran tsunami

Keretadihempap bahagian rumah yang runtuh, berikutan gempa bumi, di Nanao, wilayah Ishikawa/REUTERS

SEOUL, 2 Januari- Korea Selatan membuat bantahan ke atas Jepun berhubung amaran tsunami yang dikeluarkan oleh negara itu berikutan gempa bumi kuat yang berlaku, kata pegawai di Seoul pada Selasa.

Walaupun hubungan dengan negara itu bertambah baik beberapa tahun ini, kedua-duanya kekal tidak sependapat mengenai kedaulatan pulau-pulau kecil yang dipanggil Dokdo di Korea Selatan dan Takeshima di Jepun, yang terletak di antara Laut Jepun.

Bagaimanapun Korea Selatan mengucapkan takziah atas bencana ke atas Jepun. Namun pulau-pulau yang ditunjukkan dalam peta yang dikeluarkan oleh agensi cuaca Jepun, tidak tertakluk kepada sebarang pertikaian wilayah.

"Kerajaan kami membantah keras kepada Jepun melalui saluran diplomatik dan meminta tindakan pembetulan," kata Jurucakap Kementerian Luar Korea Selatan Lim Soo-suk.

Pejabat Presiden Yoon Suk Yeol berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga serta memberikan sokongan untuk usaha pemulihan.

Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh selepas gempa dengan 7.6 skala richter dan mencetuskan gelombang tsunami melanda pantai barat Jepun.

Perselisihan wilayah merupakan salah satu perkara yang berlarutan dalam hubungan kedua-dua negara.

Jepun juga membantah latihan tahunan di sekitar pulau itu bulan lalu oleh tentera Korea Selatan. Kementerian Pertahanan Seoul menjawab bahawa latihan itu adalah usaha latihan biasa yang bertujuan untuk melindungi wilayah, rakyat dan aset.

Korea Selatan menempatkan sekumpulan kecil pengawal pantai di pulau kecil itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI