fb fb fb fb fb

Thailand, China tangguh visa mulai Mac

Srettha Thavisin/REUTERS

BANGKOK, 2 Januari- Thailand dan China akan menangguhkan penggunaan visa secara kekal untuk warganegara masing-masing mulai Mac, kata Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu banyak bergantung pada pelancongan. Pada September negara itu mengetepikan syarat visa untuk kemasukan pelancong China sehingga Februari tahun ini.

"Ini akan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara," kata Srettha kepada pemberita.

Kementerian Luar China berkata, kedua-dua negara meningkatkan kemasukan pelancong dengan mengecualikan keperluan visa.

"Pihak berkuasa kedua-dua negara sedang berkomunikasi rapat mengenai perkara itu dan kami menantikan pelaksanaan berkaitan," kata jurucakap kementerian Wang Wenbin.

Menurut data yang dikeluarkan kerajaan, pada 2023, Thailand mengalu-alukan 28 juta pelancong asing. Jumlah itu melebihi sasarannya dan berjaya memperoleh pendapatan berjumlah 1.2 trilion baht.

Daripada jumlah itu, Malaysia merekodkan bilangan pelancong paling ramai ke negara itu iaitu sebanyak 4.5 juta diikuti China (3.5 juta).

Jumlah keseluruhan kemasukan pelancong ke Thailand sebelum COVID-19 ialah 39 juta. Daripada jumlah itu 11 juta merupakan pelancong dari China- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI