fb fb fb fb fb

Dua lagi kematian kanak-kanak di Gaza akibat kebuluran

FOTO AFP

PALESTIN, 29 Februari- Dua lagi kanak-kanak di Gaza telah meninggal dunia kerana dehidrasi dan kekurangan zat makanan, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, semalam.

Jurucakapnya, Ashraf al-Qudra berkata, mangsa terbaharu itu adalah pesakit di Hospital Al-Shifa.

"Jumlah kematian akibat kebuluran dalam kalangan kanak-kanak meningkat kepada enam orang akibat dehidrasi dan kekurangan zat makanan.

“Kami menyeru badan antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi mengelakkan malapetaka kemanusiaan di utara Gaza.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, konvoi kemanusiaan mula dibenarkan masuk ke utara wilayah itu sejak lebih sebulan lalu.

Sekurang-kurangnya 29,954 penduduk di Gaza terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak akibat serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu. -AFP

SITI AISHAH MD ISA