ROM, 18 Julai- Dua anggota bomba maut pada Rabu ketika sedang bertugas memadakam kebakaran berhampiran bandar Matera di selatan Itali.
"Petang ini, semasa operasi memadam kebakaran, dua anggota bomba kehilangan nyawa," katanya.
Dewan bandar raya Rom berkata satu lagi kebakaran "besar" telah berlaku berhampiran bandar itu dan menasihatkan penduduk dalam lingkungan tiga kilometer (1.9 batu) dari kebakaran supaya menutup tingkap mereka dan mengelakkan aktiviti fizikal di luar rumah.
Kebakaran hutan berlaku hampir setiap hari di Itali, terutamanya di selatan dan di pulau-pulaunya, di tengah-tengah gelombang panas.
Kebakaran berhampiran Rom pada hari Selasa telah mengganggu sambungan kereta api antara ibu kota Itali dan bandar selatan Naples.
Para saintis bersetuju bahawa perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia menjadikan kejadian cuaca ekstrem termasuk gelombang haba dan kebakaran hutan lebih kerap berlaku.
Tahun lalu, Rom mencatatkan rekod suhu puncak 42.9C pada 18 Julai, menurut dewan bandar raya.-AFP